Sabtu, 26 Jun 2010

budak2 PT

macam-macam jenis orang yang aku kenal bila berkerja kat PT ni. tapi overall sume baik, tapi macam-macam perangai. ade yang nampak rock..tapi solat mesti awal waktu. solat plak wajib berjemaah. memang aku respek la. mulut dia xakan cakap benda yang bukan-bukan. bukan macam setengah kawan aku yang lain. mulut masyaallah....cabul betul. memang lucah tahap 30 SX. aku mendengarnya pun mengucap panjang, tapi kalu solat dia lah imam.. huhuhu..terbalik. tapi dia takat mulut jer hati budi baik. ada jugak yang aku kenal langsung tak solat. time orang pegi surau nak solat dia pegi tandas isap rokok. kalu pompuan pakai sexy lalu, masayaalah...sume usyar..tengok bagai nak kuar anak mata. kata mereka "rezeki jage ditolok" :). aku ingat kat kelantan tak ade yang pakai baju ketat, seluar pendek. tapi aku silap. aku tengok bagai nak kawin esok terus huhuhu..mane datang la spisis ni. baru kuar zoo agak nye tak de duit nak beli kain. walau macam mane pun perangai they all, mereka tetap boleh dianggap kawan. sebab kalu ade masalah semua akan bantu semampu yang mngkin. aku suka dengan mereka. macam masa aku masuk kerja tadi.aku lupa nak sembunyi hp dalam loker. mase nak tumbprint bos tercegat kat pintu.ade spot cheak..aku dah gabra  dah hp ade dlm poket..kalu nipis tu ok la. ni tebal macam kamus dewibahasa. mase abang tu cheak die buat dek jer..padahal dia dah rabe poket aku..punye la jelas hp tu ade tapi die buat2 buat2 tak tahu jer..hahaha...selamat... i lap u lah...

Rabu, 23 Jun 2010

nak cari duit....nak cari uit...

duit ni macam suatu yang berhantu. kalau dalam dompet ade rm50. malam karang dh hilang dah.
cepatnyer habis. padahal tak tahu pun kemane duit tu pergi. tu yang aku ambik keputusan nak bekerja.
sekarang ni aku bekerja sebagai promoter kat pantai timur tepi umk. ingat bila dapat gaji nak wat lesen.
tapi gaji aku dapat tak sampai pun rm600. sedih betul. so aku ambik keputusan sambung lagi kontrak keje untuk bulan 7.
kerja 4 jam sehari, start jam 6.30 sampai  la 10.30.  tapi yang aku risau takut tak dapat nak tupu study. entah la..
tapi aku terpakse kerja jugak untuk wat lesen.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

bila pikir-pikir, duit aku selalu jer keluar langsung tak ade kemasukan. jadi start sem ni.aku ak keje lah. nk sewa buku dan jual baju....insyallah berjaya..
amin..

assalamualikum dunia.....

bile tengok orang orang lain pegangan agama dia kuat dan hebat aku jadi sedih. kenapa tak nya, aku sekarang dah jauh sangat dari petunjuk Allah.
dah jauh sesat. aku ingin kembali kejalan yang benar itu. tapi aku tak tahu dimana harus aku bermula.
barat? utara? timur? selatan? sebahagian hati aku memang nak berubah, tapi sebahagian takut untuk berubah. takut kehilangan sesuatu yang amat kucintai. aku tahu semua itu hanyalah duniawi.
semua itu tidak akan berkekalan, tidak seindah cina yang hakiki, cinta yang berasaskan cinta rabbul jalil.
ya Allah bantunilah aku..
aku ingin kembali.
kembali ke jalan Mu...
 
Copyright (c) 2010 rimbun menghijau. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.