Sabtu, 4 September 2010

budak cina kene belasah?

kenapa? bagaimana? siapa?

ramai yang kata kejadian ni berkait rapat dengan isu namawee vs pengetua vs amno @ isu cina masuk surau @ isu nama ALLAH????

semua ni berlaku sebab kegoan masing2 menegakkan ideology masing2. PR cara dia, UMNO cara dia. mangsa nya rakyat. dalam hal ni umno cuba menambat hati penyokong melayu, bila sesuatu kejadian isu yang berkait rapat dengan budaya adat atau pun agama UMNO bangkit dan cuba menjadi juara rakyat walaupun dia sendiri tak tahu ape yang sebenarnya berlaku. bila satu2 isu tercetus boleh kata semua pemimpin UMNO masuk paper nak bagi komen masing2. padahal ilmu agama kureng.

pastu jadi lah salah faham disitu. tindakan mereka bukan mereda kan keadaan tapi membangkit kan lagi amarah rakyat terhadap kaum lain. bagai menyimbah minyak petrol kedalam api. sepatutnya mereka serahkan hal ni kepada yang pakar bukan berdasarkan ilmu sendiri yang cetek. kalu kail panjang sejengkal jangan diduga lautan luas.

tapi tu lah kenyataanya dunia akhirzaman ni. pemimpin diangkat dari golongan yang jahil (agama). jadi ini lah yang terjadi. agama dipergunakan. bukan menggunakan agama.

UMNO kata kerusi melayu kat parlimen semakin berkurangan jadi mereka nak bersatu dengan PAS. bila pas tolak mereka menunding jari kat PAS pulak xnak berbincang. sepatutnya mereka sedar kenapa kerusi melayu kat parlimen berkurangan.

semua ni kerana mereka jugak yang pandai2 pecahkan kawasan parlimen 2004 tu kenapa? kawasan padat penduduk melayu dipecahkan sehingga mejoriti melayu telah hilang. depa pun letak la calon MCA ngn MIC.
pastu tempat yang padat penduduk melayu sendiri mereka pi letak MIC macam kat hulu selangor..mana tak kurangnya kerusi melayu?

yang PAS pulak nape tolak ajakan UMNO? mula2 aku pun rasa macam PAS ni bodoh sombong dan terlalu menyimpan dendam. tapi bila ku pikir2, memang releven tindakan PAS. UMNO kata nak bergabung, tapi setiap hari hentam PAS dalam akhbar. mane la PAS nak bergabung, UMNO ni pun satu lagi bodoh. dan bila aku kaji dieorang punya matlamat dan teras perjuangan memang tersangtlah berbeza.

UMNO = memperjuangkan melayu
PAS= memperjuangkan islam

ni la teras kepada perpecahan UMNO dan PAS. dasar perjuangan. bila dah dasar perjuangan berbeza macam mana nak bergabung.

mungkin  korang marah kalu aku kata UMNO tak memperjuangkan islam. tapi ini lah hakikat. katakan lah dia nak memperjuangkan islam tapi tak bleh sebab MCA ngan MIC tak bagi, jagan lah pulak menghalang dan memandang rendah usaha kerajaan kelantan nak melaksanakan islam.

macam kes hukum HUDUD 1990, bulan sembahyang, dinar emas. sekalipun tak leh menunjukkan sokongan yang padu  jangan la plak kutuk berbakul2..

nanti mengundi tahun depan aku nak undi PAS la plak. korang macam mana?

0 orang mengomen:

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 rimbun menghijau. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.