Isnin, 6 September 2010

sejarah telah diubah.........

Aku lah wangsa yang bermaksud Harimau, hari ini aku dikenali sebagai Melayu dari rumpun Siam Islam..waris aku berasal dari Yunan. Sedarlah bangsa aku bahawa Melayu dahulunya bukanlah bangsa yang lemah dan malas. Sedarlah bahawa dalam bahasa Siam yang masih dipertuturkan di Kedah (bukan bahasa Thai) Merong itu bermaksud Naga Laut, Maha itu pembesar dan wangsa itu, bangsa harimau (puak tentera). 
Ini jelas merujuk kepada simbol naga Maharaja China Dinasti Tang ketika itu iaitu Sai Tee Sung. Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan baginda Rasulullah SAW, Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi lalu menghantar cucunya, Raja Merong Mahawangsa untuk menyebarkan islam di Nusantara. Maka islam lah kita hari ini dari tarikh itu, lebih bertamaddunlah kita orang-orang Yunan yang di gelar 'fei' oleh Maharaja China di nusantara ini.Hari ini kita bukan lagi 'fei', tapi Melayu.


sebenarnya apa yang telah kita pelajari sekarang ini adalah merupakan suatu sejarah yang telah diubah. daru turun temurun lagi. sejak dari zaman tersebarnya islam kepelusk dunia. apakah kita tahu bahawa siam itu adalah suatu bangsa yang beragama islam? cuba lah baca di link ini. apa yang kita pelajar dan ketahui adalah suatu cerita yang direka oleh penjajah. untuk apa? untuk membuatkan kita lupa asal kita yang agung dan hebat. asal agama kita yang sangat agung.

adakah anda ketahui naga, bunga teratai adalah suatu lambang islam pada suatu zaman yang lampau? semua ini akan membuka minda anda. mengajar anda siapa anda yang sebenarnya. betapa agungnya islam yang anda semua anuti. penjajah ini telah berpakat untuk menjatuhkan islam.

tapi mereka tahu islam akan bangkit suatu hari nanti, jadi mereka bunuh semua sejarah kita. yang boleh diangkut mereka bawa pulang ke negara mereka. yang tidak boleh diangkut mereka musnahkan. sehingga masjid pada zaman dahulu kita katakan candi.

terima kasih http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ 
kerana telah menyedarkan aku tentang sejarah silam bangsaku yang agung. kenapa harus aku terus bersedih kerana ditinggalkan oleh seorang perempuan? 


ya ALLAH bantu lah hamba-MU ini...
buanglah segala cinta yang berada dihati ini terhadap dunia. tinggalakn hanya cinta kepada MU, TUHAN sekalian alam. apabila cinta itu hanya untuk TUHAN pencipta cinta. maka TUHAN itu akan memasukkan cinta-NYA yang agung kedalam hati hamba-NYA itu. dan cinta itu akan tersebar kepada orang yang berada disekelilingnya. amin~~



0 orang mengomen:

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 rimbun menghijau. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.