Selasa, 12 Oktober 2010

cinta seorang lelaki...

assalamualaikum... celamat pagi (,")

sejuk betol duk dalam library ni. sekang ni aku duk umah, bab umi tak berape sihat. dia demam sikit. oleh kerana aku satu-satunya anak yang duk paling dekat ngn umah jadi aku la ynag bertanggungjawab jaga kesihatan umi (doakan umi cepat sembuhyer..). rupa-rupanya ada hikmah jugak aku masuk umk (uni malaysia kelantan) bleh jugak jengok2 umi yang berseorangan kat umah.

sekarang ni umi dah beransur sihat, tapi tak la 100%. aku pagi ni sebenaqnyer ade kelas. pagi2 lagi aku  terpaksa tinggalkan umi bersendirian untuk menuntut ilmu kat umk. sampai jer kat kelas, aku tengok tak sde orang. try cuba call hadi. dia cakap kelas batal.. nape lah tak sampai maklumat kat aku. kalu dulu sde jugak informer..sekarang dah tak dah. huhu

so nak balik umah petang ni ade kelas lagi. jadi melepaklah kat library yang sejuk membeku ni. ingat nak study bb exam dah dekat, tapi melekat pulak kat blog ni hahaha...i love blogging :) tapi sampai hati mereka tak bagi tahu aku..sedih T_T siapa lah aku bagi mereka kan?...kan?..

mood pagi ni : sedikit sedih + kesejukan + kelaparan (walapun dah makan kat umah) + lepas post ni nak study dah 

bila bercerita bab cinta seorang lelaki aku ada teringat suatu pepatah
     "cinta sang ayah hanya sampai ditangga, tetapi cinta sang ibu dibawa mati"
cinta seoarang lelaki yang bergelar suami dan ayah@bapa ini hanya ketika isteri dan anak2 didepan mata jer, bila dah pegi kerje, anak dan isteri dah tak ada kat depan mata cinta tu dah tak ada.. dah habis..
betol ker??


pendapat pertama
 betol...lelaki mmg macam tu sebab tu lah ALLAH dah bagi kelonggaran kat lelaki untuk kawin 4.. tatapi..dengan bersyarat :- 

i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.
ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.
iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.
iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.
v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.

 dan yang paling penteng pastikan jika berpoligami tak akan menimbulkan kekacauaan dalam rumah tangga..

pendapat kedua 

ini pengalaman aku sendiri llah..sebagai mana yang kawan2 sume tahu. aku dah break-up ngan fatimah. sepatutnya kalu betul lah pepatah tu aku sekarang dah boleh lupakan dia. tapi kebenaran adalah sebaliknya.. aku masih lagi teringatkan dia. bila nampak kawan sekelas cube nak mengorat dia hati ni jadi sakit..sakit yang teramat..tengok dia pun dah buat aku gundah gulana.

kenapa susah bagi aku untuk melupakan dia, banyak dah aku buat.. tapi hati ni masih kat dia.  entah lah..aku pun tak tahu dah nak buat macam mana. susah oo bilaa couple nagn budak sekelas..tiap2 hari jumpa..asal kelas jer jumpa dia..asal kelas jer jumpa dia.... nyesal tak dengar nasihat akak2 ngan umi.. kawan aku pu ade nasihat jugak dulu..tapi... nak wat macam mana perkara dah jadi. aku pun dah berjanji ngn diri sendiri xakan ulangi lagi kebodohan ini. 

rasa macam nak tangguh sem jer.. tak nak sekelas dengan dia..tapi tu nampak sangat lari masalah kan.. pengecut.. tapi aku dah bingung....tak tahu nak buat apa lagi...

aku pun dah tak tahu lagi cinta ku ini berlandaskan apa..iman..nafsu..atau apa ..

memang menyesal tak sudah...what should i do...how could i concentrate on my study...betul lah umi cakap.. cinta masa belajar ni pemusnah masa hadapan..

bijK pandai ada mengatakan:- 
                                 "barang siapa yang mencintai dunia ini akan melalui 3 kesengsaraan
  1. sengsara untuk mendapatkan apa yang dicinta
  2. sengsara untuk mengekalkan cinta apabila diperolehi (takut kehilangan)
  3. sengsara apabila cinta itu pergi.. 
kenapalah kita memilih cinta yang tak akan kekal abadi ini padahal ada cinta yang kekal mewangi..
alangkah bodohnya manusia yang terperangkap dalam jerangkap samar percintaan yang tidak diredoi ini..

alangkah bodohnya..alangkah bodohnya...

nasihat ibu diketepi..
amarah kakak dianggap rintangan percintaan yang suci..
padahal seemuanya adalah tipu duniawi..
menyesatkan insan-insani..


 alangkah bodohnya..alangkah bodohnya...
dulu kasihan untuk melepakan diri..
berpegang tegoh dek pepatah diminati..
ikan dipancing jangan dilepasi..
nanti ikan mati..
sakit membawa diri..
tapi sekarang siapa disakiti..
ikan melepasi diri..
sang pemancing kaku tangan dilukai..
dek sirip yang menajami..


alngkah bodonya..alangkah bodonya..
kasihankan ikan takut mati..
tapi tangan pula dilukai..
bukan luka sahaja menzahiri..
tetapi ia menjalar bernanah melarati..


alangkah bodonya..alangkah bodohnya..
sampai bila harus begini..

 alangkah bodohnya..alangkah bodohnya

8 orang mengomen:

sue/allya/zalya berkata...

moga2 ibumu cepat sembuh..
cinta??? tolak tepi dulu, tggu abis study bru cri cinta.. bereh... moga berjaya dlm hidup..

inSan leMoh sEgalo2nyo berkata...

emm..insyallah..time khasih... :)

kepul2awan dilangit ciptaan Allah..... ALHAMDULILLAH berkata...

demi Allah cinta itu suci... tp yg mengotorinya ialah sape? kita sendiri kn?
Rasulullah pun bercinta kn?
"SALAHKAH AKU BERCINTA"???
da dgr pnjg lebar da kn aritu?
mudah mcmni la shbt...
dlm hidup kita... kita perlukn apa?
makanan? perlindungan? pakaian? n adakah semua tu lngkap?
x jgk... kita jgk perlukn yg lain kn? salah satunya ialah kasih syg...
ape itu kasih syg? ummi.... ayah... kak long.. kak ida... abg zul... abg hensem farisfitri.. n yg lain..

inSan leMoh sEgalo2nyo berkata...

tu la cinta sejati...cinta yang hakiki..

cinta ibu dibawa mati.
cinta saudara tidak berketepi.
cinta sahabat tiada memusuhi.

tapi dh menjadi fitrah manusia perlukan cinta dari jantina yang berbeza. tapi bila belum ade kemampuan untuk berkahwin masalah akan timbul..

cinta dah bersemi..
nak kawin tak mampu lagi..
menanggung rindu la jwbnyer hati.. last2 lama-kelamaan cinta salah seorang akn pudar di hati...
tu la yang jadi perpisahan mcm ni.

cinta di alam pengajiaan ni mmg sngt menyakiti..
dan memerlukan komitment yang padu lagi tinggi...

sanggup..

bila dah jadik sakitnyer mmg terasa.

blogsyarih berkata...

semoga umi dapat sihat seperti sediakala dan dapat hidup bahagia...

inSan leMoh sEgalo2nyo berkata...

thanks...

Siti Farah berkata...

dulu pernah bernekad takmo bercinta ngan member 1 sekolah, 1 kampus apetah lagi 1 kelas..tp tak tahu camne boleh tersasar plak semester ni..da la 1 kelas, 1 group plak utk final project!!! mula-mula rasa senang jer sebab boleh discuss n study same2...tp hubungan tak bertahan lama bila kekasih lama dia merayu rayu nak bersama semula...nak taknak, terpaksa melepaskan dia...1 dugaan yang besar...ada gak terfikir nak extend semester,tp tu adlah cara yang paling bodoh utk ngelak dr masalah...
sekarang, stp hari berdoa agar Allah menenangkan hati ni dan bg kekuatan utk menempuhi semua dugaan....

inSan leMoh sEgalo2nyo berkata...

emmm...tu la kelemahan kita sebagai manusia. mudah terpengaruh ngn desakan nafsu dan perasaan. tapi aku mmg tak nafikan mmg amat menyakitkan bila org yang pernah kita sayang bermain2 kat depan mata, tapi kita tak leh nak zahirkan perasaan sayang tu kat dia....

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 rimbun menghijau. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.