Isnin, 21 November 2011

forum interfaith

assalamualaikum :)


kali n aku nak bercerita pasal forum yang harus aku handle pulak. forum n adalah idea dari YDP aku. die suh aku wat forum interfaith, forum yang diwakili oleh pelbagai agama. first aku punya expectation bende n senang. well just carik penceramah, aturkan program dan alhamdulillah selesai.

tu my first expectation. but the problem come in, bila betapa susah nye aku nak mencari penceramah dari agama lain kat kelantan. pening dan penat, tambah pulak dengan assingment yang menggunung, exam, classes, lecture note, making geology field book.... hidup aku bagaikan dah ruin, hancur..

bila dah jumpa ahli panel dari KL kene wat surat tambah budjet. tup-tup program aku kene kick sbb tarikh tu ader program antara bangsa nak jalan. terkontang-kanting aku carik tarikh lain. nak dibuat cerita semua penceramah aku tak dapat nak hadir pada tarikh tu. dah la susah nak carik cancel plak. dah la aku dah buat surat tambah budjet dan mmg dah lulus.

tapi aku terus lagi carik penceramah, aku gi JAHEIK. aku mintak penceramah ngn USTAZ SYFIQ TAN, mintak tolong die. alhamdulillah die carikkan aku ahli panel dari PERKIM. mula2 aku heppi sebab yer lah dah ader ahli panel. proceed jer lah kan. tapi masalah timbul, tak kan mereka nak bercakap pasal agama mereka yang lalu. takkan mereka nak kata agama mereka dulu adalah yang terbaik?
pening2...petang n aku nak gi bincang ngn Dr2 aku. ader cadangan nak wat forum inter-culture pulak. nak bincang pasal budaya. aku maklum kat ahli panel aku yang muallaf cristian. dia tak setuju, die kate tu lagi lah boleh membawa perkauman.....adoihh.... macam mana ni :((

aku dah tak pikir dah pasal exam...petrology, petroleum.... test sediment pun aku hancur. bersambung lah kisah aku mlm n.ingat nk gi bincang ngn semua. nak ajak semua berkumpul dan berjumpa.. semeja, berbincang... ya ALLAH ringan kan lah beban hamba MU ini, permudahkanlah segalanya..amin~~


bersambung lepas malam nih~~~~

Jumaat, 11 November 2011

ubat

assalamualaikum
kabaren? waras? harap semua waras la ye :)

semalam aku gi PARKSON kota bharu teman si SYAKIR beli spek mate. dalam menunggu die aku lalu tepi esculator tibe-tibe datang sorang pompuan calit ubat kat tangan aku, banyak plak tuh. die cakap cepat giler
abang n ubat jerawat bang, parut pun hilang.
aku pun kater
tak aper-aper saya nak cepat n
die pun kater
tak aper bang meh la dulu lap ubat tu, kedai kami ade tisu

hehe.. pandai dieorang berniage :) kalu orang tu tak nak die akan buat helah jugak asalkan orang tu datang kat booth die. bila dah pergi booth nasib la, die dah sediakan segala jawapan untuk alasan-alasan korang. kalu korang kater A die akan jawab B, last-last sekali korang wajib memilih antara 2 pilihan :
  1. korang beli dengan terpakse
  2. korang meninggalkan die dengan muke die yang masam @ senyum kambing
             jadi nasihat aku kat korang, lain kali kalu nampak orang jual ubat tu dan korang memang tak ade niat nak beli dan memang korang tak nak beli, sila lah mengambil lencongan jauh2. kalu mmg tak ader lencongan pergi lah ke pasar raya lain. kalu semua pasar raya ader menatang tu, balik rumah tido lagi sodap, duit pu save hehehehe.....

              biasanye booth mereka kat tepi eskulator tak pun kat pintu depan pasar raya, tempat orang ramai lalu. tapi kalu korang rase korang perlukan ubat jerawat try la gi dengar aper mereka nak kempen korang. rase berkenan beli lah. tak salah pun. bende tu halal kot. entah? try tanyer hehe

tapi kan nasihat aku, kalu boleh elak la gune ubat modern n. bahaye ade side effect. ape kater kiter gunakan ubat-ubatan traditional yang sememangnye terjamin bersih dari campuran bahan kimia yang membahayakan diri anda dan keluarga.




p/s
mesti pompuan tu pilih aku bab muke aku berjerawat. tidak~~~~~~  lari la awek2 aku pas n. nnti aku nk gosok muke n ngn kertas pasir biar licin hehe

Khamis, 10 November 2011

betape sikit nyer ilmu dan amal

assalamualaikum
kehadrat keng-kawan yang eden sayangi sekalian :)

macam mana ngan raye korban korang? aku kat sini alhamdulillah :) semua terbaik. aku walaupun sekolah agama tapi banyak yang aku tak tahu pasal korban nih. n la antara bende yang baru aku belajar :

                   1-wajib sebahagian dari daging korban tu mentah-mentah xleh masak bagi kat orang susah (orang yang tak melakukan ibadah korban). kalu hukum dah wajib tu maksudnyer
                                 -kalu tak buat make korban tahun tu jadi sia-sia @ batal.
                                 -kalu tak buat tak dapat pahala korban.

                  2-daging korban tu tak boleh simpan selepas rayer ke-4 (rayer korban 4 hari tahu tak?) kene habiskan, ataupun kene bagi-bagi kat orang. kalu tak sia-sia lah korban tahun tu. tak dapat pahala la kite.

                  3-kalu korban wajib (kerana nazar) maka haram lah bagi kiter unutk makan daging tu. kene bagi kat orang semua.

...................................................................................................................................................................
ni pulak bab aqiqah, tentang yang aku tak tahu

                  1-wajib duit sendiri (tak boleh pinjam)
                  2-sunat korban tuh di masak secara manis
                  3-sunat jangan patah-patahkan tulang (sendi tak aper)
                 4-sunnat muakkad pada hari ketujuh, tapi dituntut sehingga budak tuh sebelum baligh.
                 5-kalu die dah tua tapi die belum diaqiqah lagi, die boleh meng-aqiqahkan dirinyer sendiri.
                 6-bagi muallaf, die tak dituntut meng-aqiqahkan dirinyer jika die tak masuk islam lagi ketike die baligh.
                  7-bila bayi lahir azan telinge kanan, iqamat telinge kiri tak kire lelaki atau perempuan.
                  8-disunatkan membaca "alam nashrah" di telinge kanan dan "inna anzalna" di telinge kiri agar anak itu tidak berzina ketika dewase.

.....................................................................................................................................................................
ni pulak bab solat jenazah

                  1-sekali jer kiter perlu buat seumur hidup keatas seorang mayat.
keadaan 1, A dah solat jenazah keatas mayat B. jadi A tak boleh lagi nak solat kali ke-2 keatas B.
keadaan 2, A dulu lagho, tak solat jenazah B. lepas 20 tahun A insaf, A boleh nak solat keatas jenazah B kat atas kubur.

                   2-A gile@koma@tidur ari umur 20 tahun hingga 22 tahun. ketika A   berumur  21 tahun B meninggal dunia. jadi A tak boleh nak solat keatas jenazah B.
                    3-tidak boleh solat seorang muallaf keatas jenazah yang meninggal ketika dia belum memeluk islam
contoh, A masuk islam ketika berumur 21 tahun. ketika die berumur 20 tahun 11 bulan 29 hari ade B  mninggal. jadi A tak dituntut untuk solat keatas jenazagh ulamak tu.

                    4-mazhab syafie tak benarkan solat keatas jenazah yang tak berkhitan, terus tanam. kerana ade najis zohir kat topi kemaluan jenazah tuh. (mazhab lain dibolehkan tetapi jenazah tu mesti di tayammum dahulu, untuk memuliakan jenazah)

 .................................................................................................................................................................
alhamdulillah ni la ilmu aku bertambah hasil aku gi dengar tazkirah magrib tadi kat surau sri cemerlang.

dah lama benar aku tak menuntut ilmu fadu ain n. patut lah hati ni rase kosong jer. sepatutnyer sebagai muslim kite wajib mendengar hadis Rasullullah sekurang-kurang sekali dalam 40 hari (bukan hukum,tapi ni perlu untuk elakkan diri kite dikuasa nafsu atau  hasutan syaitan) yang dengar hadith nabi pun ader jugak di hasut syaitan. jadi kiter yang tak mendengar langsung nih?? wallhuaklam, no komen. jadi BFF (best frend forever) ngn setan hehe..


hehe.. kalu nak kawin kene belajar ilmu fardu ain dulu, feqoh = hukum2 dalam melayari rumah tanggo, sifat2 wanita hid, nifas, keno belajar hadith = lagu mano Nabi layan isteri (sunnah nabi ngn isteri) macam2 lah lagi :). ingat nak kawin n macam lembu kerbau ker? tengok berkenan terus kawin? no my frend. nafkah zohir boleh la bang. btin nyer mcm mane??



 



p/s :
ibraheng nak kawen. tapi belajar ilmu n bukan sbb kawin tapi sebab Allah insyallah betol niat...amin~~


Sabtu, 8 Oktober 2011

PAS beragan besar

اسلام عليكم

pada aku PAS (parti islam semalaysia) ni merupaka sebuah parti yang berangan-angan besar. nak tegakkan islam di bumi melayu. tidakkah mereka tahu yang malaysia ni di perintah oleh BN yang tersangat lah sekular? apa yang PAS ader untuk melawan mereka yang memiliki semua hasil mahsul negara yang tak ternilai banyak nyer?

cube tengok pembangunan yang ader kat kelantan ngn negeri-negeri lain? jauh beze nyer. negeri lain dapat bantuan kerajaan pusat. tapi kelantan bantuan sampai kat JPP. disekat dari kerajaan, kenape? mereka kater takut PAS bazirkan.

tengok macam terengganu jalan raye 3-4 line. kelantan ader aper? jalan persekutuan pun kecik nak mampus. satu lorong jer, sbb tu kadar kemalangan meningkat. tambah2 lagi lebuh rase gua musang- kuala krai. terengganu dapat royalti petroleum. kelantan?? abuk pun tarak.

masyarakat sekarang lebih kebendaan, mereka nak tengok ape yang wakil rakyat mereka dapat bagi dekat mereka depan2. contoh, bila mereka pangkah seseorang wakil rakyat, mereka akan dapat beras ke sekilo, atau duit 50 ker. mereka tak pikir pun dari segi insaniah, dari segi keilmuan, dari segi masa hadapan. apa yang penting sokong umno boleh buku teks percume, dapat baja subsidi, dapat wang ehsan. tu lah menteliti kebanyakan rakyat malaysia (bukan semua).

aper yang PAS mampu beri? rakyat malaysia ni materialistik (bukan semua) dan itulah yang cube di manipulasikan dalam budget masing-masing, BN mahupun PAKATAN. gula2 pilihan raya, orang kater. sokong PR setiap isi rumah pendapatan rendah dapat rm1000 setahun. undi BN dapat rm500. menggunakan selogan untuk rakyat..rakyat didahulukan.

PAKATAN, mansuh semua yuran pendidikan dari kecik sampai pHD
BN, mansuh yuran pendidikan dari kecik sampai menengah setiap pelajar uni dapat rm200

ni lah cara pakatan nk pancing undi, mereka kene letak gula-gula dalam budget sebab mereka tahu masyarakat malaysia terutamanya melayu, peribumi(org cina tak, mereka lebih matang berpolitik dari kaum lain) memang berpikiran kebendaan (bukan semua). adakah boleh kiter same kan mereka? BN - PAKATAN..PAKATAN - BN.

tapi PAS memamng berangan-angan tinggi, nak tegakkan HUDUD. macam mane nk tegakkan hudud kat malaysia kalu DAP awal-awal lagi kater "langkah mayat aku"? adakah PAS akan gadaikan agan-angan menagakkan islam dibumi malaysia untuk DAP? atau PAS tetap berdegil untuk menegakkan islam dan hudud sehingga sanggup meretakkan hubungan antara PAKATAN RAKYAT???

kalu UMNO memang aku tak nampak pun cita-cita atau terdetik dihati mereka nak tegakkan islam sebab bagi mereka itu mustahil. tapi PAS lain, tetap terus berangan-angan. sama-sama mengaku islam, sama-sama mengaku ALLAH itu tuhan. tapi satu tak henti-henti berangan-angan nak tegakkan islam satu awal-awal lagi memahami realiti yang mereka percayai iaitu islam mustahil dapat ditegakkan di bumi malaysia.

dengan isu anwar suke meliwat, tak habis tu anwar tempah pelacur, anwar sokong yahudi. tu baru anwar. nik aziz pulak.

nik aziz ulamak pembohong, memanipulasi quran, membuat fatwa sesuka hati, sanggup gadaikan islam demi memerintah malaysia, tunduk dgn DAP.

memang PAS sebuah parti yang suke berangan-angan, yang tak pernah mempercayai realiti yang dibentuk BN bahawa islam dalam malaysia adalah mustahil. sekadar lambang dan agama rasmi , tak lebih dari tu.

PAS terus berangan-angan...

jom layan 18SX



     
Ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.

“Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya,” kata Hilton serta menambah bahawa ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni kecanduan yang ditandai dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku.

“Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari kecanduan kokain (dadah).”


12 fatamorgana tentang pornografi yang terlanjur tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:

1. Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata' dan 'keinginan daging' yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi.

Dengan mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.

2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya. ( ni la yang orang kater otak kuning)

3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya.

Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.

4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.

5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.

6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh 'kejahatan terorganisasi' yang mencari wang dengan cara haram.

7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.

Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si ‘mangsa’. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.

8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.

9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.

Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.

10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong.

Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritik dari lingkungannya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai ‘topeng’.

11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius.

Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.

12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.

Contoh kebohongan yang ditawarkan ialah :

a. Kebebasan seksual = kebahagiaan.
b. Penyimpangan seksual = normal.
c. Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar.
d. Setiap hari masturbasi = sihat.
e. Pornografi = tidak menyakiti siapa pun.
f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.
g. dll.

p/s: dunia jer tuh.. tipu daya jer



lelaki lembut kah aku?


اسلام عليكم ورهمة الله وبركاته


lama aku tak post blog bukan aper malas, dan laptop aku hilang. kene curi :'( tak aper lah moga ALLAH gantikan dengan yang lebih baik lagi.

bila aku baca balik blog aku ni, baru aku sedar. bahawa aku ni adalah lelaki yang emo, jiwwang, lembut, lemah. jadi aku pun rasa dan berazam nak jadik lelaki sejati. aku akan mulai menulis sesuatu yang lebih bermanafaat dan berguna kepada agama, negara dan dunia.

aku nak menulis sesuatu yang menarik dan boleh membantu orang lain. dah tak nak dah berjiwwe-jiwe nih buat malu ajer. mungkin bab aku n tak matang lagi kot, terlalu mengikut nafsu dan hati. cepat melatah dengan keadaaan sekeliling.

aku baru sedar :) hehe.. teruk2 tapi masih belum terlambatkan :) so from now i will change :) untuk artikel pertama ni aku petik dari kakak aku :) artikel yang berkait rapat dengan remaje. "nak tenok 18 sex "


p/s : dah beraoe banyak kali aku nak berubah tak jadik2

Rabu, 24 Ogos 2011

aku berhati lembut :)

salam alaikum :)

hehe walaupun aku ni berhati lembut, bukan maksudnya aku ni lelaki lembut :) tapi aku ni jenis yang mudah terguris dan terase. emm, sampai kawan2 tak gerak solat pun aku leh terase. tp betol kan, solat ni penteng kenape lah budak2 ni tak gerak aku emm..

tapi aku tahu aku mmg mcm n. so lepas 2-3 jam aku ok balik :)) i love all my pren lah :))

Ahad, 21 Ogos 2011

sapa bersalah? bukan aku..bukan aku

ni satu lagi cerita begong manusia. bila berlaku sesuatu yang tak diduga masing-masing akan meletakkan kesalahan keatas orang lain. macam ari ni sebenarnya dah janji ngan JPS nak pergi sana jam 9.00 pagi. tapi semalam pak arham kata nak pergi pukul 10 sebab dia kena ajar budak2 Master GPS. aku dah rase tak sedap hati bab janji ngan JPS jam 9.00 pagi.

tapi tak nak buat macam mana kan, ikut jer lah. bila aku sampai pukul 10.15 (aku silap gak bangun liwat) semua tak pergi lagi. pak arham pulak salah kan budak2 ni yang tak bangun lagi pukul 9. padahal dia yang cakap pukul 10. jeng-jeng, nampakkan sikap sebenar manusia emmm...

p/s : saper cakap human tak ada hak. ALLAH jer ader hak, manusia kene ikut jer bab manusia hamba. tak ade manusia yang betol. semua ader kelemahan


kawan untuk bersedih

salam
lama aku tak post kat blog. entah rasa mcm dah bosan dengan semua ni. dengan FACEBOOK, BLOG, TWEETER. tapi kali ni rasa amat tertekan. bukan nak berkongsi, tapi nak luahkan perasaaan untuk diri sendiri. korang nak baca, baca lah.

susah kiter nak mencari kawan untuk sama-sama menangis, sama-sama menanggung kesusahan. kalu nak cari yang untuk bergelak ketawa senang.

macam syakir ngan muaz, aku ingat leh la jugak wat kawan untuk sama-sama meringankan beban. tapi tak. masing-masing pentingkan diri. biar aku sorang terkapai-kapai kepeningan buat kerje. bila berlaku sesuatu mereka akan mula bernyanyi, mengkeritik.

begitukah kawan??

ingat dah jumpa kawan sejati, kawan dibawa mati.. sedih sob2.. YA ALLAH ampunilah hamba mu ini..ampuni lah daku ya ALLAH. mungkin kerana dosa silam ku, aku masih lagi tidak jumpa kawan yang sejati. aku harap aku akan menjumpainya suatu hari nanti.

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Isnin, 25 Julai 2011

org tamak selalu rugi

sebagai manusia yg biasa kiter mempunyai kemampuan yang terhad. kiter bukan  nyer robot atau makhluk planet namek. jadi kiter jgn terlalu angkuh untuk mengaut segala bende.

kita kene tahu sekadar mana kemampuan kiter. sejauh mana kiter boleh pergi. jgn kiter mengejar semua benda, takut nanti jadik seperti pepatah melayu ada mengatakan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

macam aku sekarang ni, aku SME, dlm masa yang sama aku sertai SEED, buat SIEP dan nak berniaga di bulan  romadhon. 4 perkara dalam satu masa. baru2 n aku present SME, memang hancur, pagi tadi aku present SEED lagi hancur macam nak nangis lak rase nyer.

ni semua kerana aku terlalu tamak, sehinggakan semua yang aku ada tercicir..semua yang aku kejar tak dapat. aku tak  mengenali siapa diri ini, dan apa kemampuan aku. ini pun menunjukkan bahawa aku belum mengenal ALLAH. kan ade pepatah arab "man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu". siapa yg mengenal diri sendiri maka dia mengenal tuhan nya..

jadi aku yang tak kenal diri sendiri ni belum lagi mengenal tuhan yang menciptakan aku.


Rabu, 20 Julai 2011

kene berani sikit

tadi gi tukar tayar moto + tiub aku habis = rm50
emm duit yg kuar jer banyak yang masuk tarak. sebab tu lah aku nk trai berniaga, aku nak jual ikan keli bakar. insyallah kalu tak ade aral melintang pose n aku jadi peniaga lah :) hehe
tapi bila cakap pasal puasa romadhon aku risau. aku risau puase kali n jadi teruk mcm tahun lepas. astaghfirullah..moga ALLAH membantu aku.

tadi mase balik jalan2 ngn syakir kat jeram pasu (hehehe) ada cina giler. entah perangai macam aper. sbb syakir bawak kat tngah2 nk buat u-turn. tibe cina ni marah die masukikut celah kanan. pastu duk jeling2. aku pun tenung la balik.

pastu die u turn gi tmpat kiteorg. duk sumpah2, aku geram nak libas helmet kat kepale cine tu biar biol sikit. tapi entah aku n penakut kot. :( tp cina tu kalu die turun kete datang dekat aku memang pukul kasi pecah kepale. tamabah2 lagi kami berdue.
ya ALLAH campak kan lah rase berani dlm hati aku nih..




p/s : ayam n berani ker?

Selasa, 19 Julai 2011

contezz lagi :))

hahaha... org sekarang memang bijak2..nak menang contes dgn mencita contez :)) nice trick  aku menyokong  Ellismelia Mohamad  
like 

Sabtu, 4 Jun 2011

ingat semua dah ok :(

assalamualaikum :)
celamat malam semua.

mood ari n = lapar(2 hari dh tak makan nasi) + leteh mate (24 jam duk ngadap laptop) + feeling eampty

fdana ingat semua dah selesai. ingat umi dah boleh terima ayah. tapi sekang n the situation become worse.  minggu lepas aku tngok umi ok jer, umi pun nampak hepi dengan ayah. bila ayah nak balik umah bini muda umi terus meradang. lepas seminggu ayah balik umah. kali ni semua bertambah teruk.

umi ta masak, rumah n jadi kacau bilau. jadi tak sempurna. umi duk berkurung jer dalam bilik. kejap2 aku mesti kene marah. entah lah. aku pun jadi tak bersemangat. hidup n jadi tak sempurna.

dulu aku boleh couple pun sebab ni lah. bila hidup aku kacau bilau, dia datang. aku berkongsi segala masalah dengan dia. 

what should i do?

Selasa, 31 Mei 2011

keadaa lapar RASULULLAH

Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu’man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!
Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu’man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Ahmad meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu Bakar ra. (yakni ayahnya) mengirim (sop) kaki kambing kepada kami malam hari, lalu aku tidak makan, tetapi Nabi SAW memakannya – ataupun katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah makan, lalu Aisyah ra. berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini karena tidak punya lampu. Dalam riwayat Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab Aisyah: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk dimakan.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)


Abu Ya’la memberitakan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap. Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:154; Majma’uz Zawatid 10:325)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah ra. dia berkata: Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap. Berkata Urwah: Wahai bibiku, jadi apalah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan air sajalah, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW dari kaum Anshar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Aisyah ra. katanya: sering kali kita duduk sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah: Korma dan air saja, itu pun jika dapat. (Kanzul Ummal 4:38)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah ra. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah menjawab: Aku teringat keadaan di mana Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)

Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah SAW kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Di lain lain versi: Tidak pernah kenyang keluarga Rasulullah SAW dari roti syair dua hari berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam versi lain lagi: Rasulullah SAW telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma dan air.
(Kanzul Ummal 4:38)


Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah ra.: Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Ibnu Abid-Dunia memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah SAW selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau kembali ke rahmatullah. Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak pernah Rasulullah SAW makan di atas piring, tidak pernah memakan roti yang halus hingga beliau meninggal dunia. Dalam riwayat lain: Tidak pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah puas makan daging panggang). (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah SAW sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti syair yang kasar. Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. katanya: Pernah Rasulullah SAW mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tetapi beliau menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW meninggal dunia, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang kasar keras itu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)

Pernah Fathimah binti Rasulullah SAW datang kepada Nabi SAW membawa sepotong roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada Fathimah ra: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu! Dalam periwayatan Thabarani ada tambahan ini, yaitu: Maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada Fathimah: Apa itu yang engkau bawa, wahai Fathimah?! Fathimah menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong darinya agar engkau memakannya dulu! (Majma’uz Zawa’id 10:312)

Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah SAW maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Bukhari meriwayatkan dari Sahel bin Sa’ad ra. dia berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan menjadi Utusan Allah hingga beliau meninggal dunia. Ada orang bertanya: Apakah tidak ada pada zaman Nabi SAW ayak yang dapat mengayak tepung? Jawabnya: Rasulullah SAW tidak pernah melihat ayak tepung dari sejak beliau diutus menjadi Rasul sehingga beliau wafat. Tanya orang itu lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan daiipada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah SAW lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah SAW pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.’

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!
(At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).

kronchong perut di pagi hari

bila pagi datang menerpa,
bila mana matahari tersedar dari tidutnya yg lena,
ketika itu juga kronchong perut mula berdendangan bersuara,
memainkan lagu kelparan bermula,

bila pagi menyinari alam,
berhujjah bertingkah melawan malam,
tapi perut ini tetap tidak duduk diam,
aku sangga selepas semalan bersemayam,
perut ini bisa terlupa lapar semalam,

rupanya lapar semalam hanya hilang seketika,
ketika mimpi mengulit pancarindra,
sangkaan aku meleset, ingt kan boleh terhilsng kelaparanya,
sanggka aku dapat menipu badan sendiri melupakan dia,
rupanya tidak, kelarana lapar memang suatu yang nyata.

Sabtu, 28 Mei 2011

Indah Khabar dari Rupa

assalamualaikum...

selamat pagi kelantan.
ari ni ana nk tulis pasal negeri ana yang tercinta ni,
KELANTAN DARUL NAIM, KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM

pagi n kawan ana ade tegor, pasal kelantan. die kater kelantan n indah kabar dari rupe. katenye name kota bharu bandar raya islam. tapi,tengok kiri kanan tak megambarkan islam langsung. pompuan tak pakai tudung, pakai baju nampak *TUUUT.. pakai seluar macam telanjang. couple sana sini, monggek lelaki pompuan, pegang tangan, berpelukan.

ana malu bila kawan ana cakap macam tu, sebuah negeri yang mengaku islam. tetapi penduduk dia tak amalkn islam sepenuhnye.

mana perginye undang-undang yang kene kn saman kepada wanita yang tidak menutup aurat. dimana perginya majlis perbandaran? kenape biarkan maksiaat n berleluase. kalu kelantan yang dikatan islam ni anak muda nya rosak. mana lagi negeri yang nk mendaulatkan islam di malaysia?

adakah undang-undang tentang cara pemakaian di kelantan kini sudah tidak diamalkan? atau cara pelaksanaan tidak berkesan? kerana seingat ana dulu sebelum pergi matrikulasi dalam 2008 nk tngok pompuan tak pakai tudung memang tak boleh. sebab memang tak ada. tapi bila balik dari matrik dalam 2010 semua berubah. KB dah macam KL cara pemakiannya, cara pergaulanya. kenapa ini berlaku?

ana, sedih bila tengok keadaan macam n. ana tak tahu apa yang ana perlu lakukan. ana rasa bersalah sebab ana tak mampu nak menyumbang apa kepada negeri ini. ana tak mampu nak membantu negeri ini. kerana diri ana sendiri pun terumbang-ambing.

ana sendiri pun berjalan tak tentu arah. turut terpalit dalam dosa kemaksiatan ini. ana tidak kuat, bagaimana dengan sahabat seMAAHAD ana dulu. ana harap mereka lebih kuat dari ana mengharungi hidup cobaan hidup ini. ana pernah tersungkur mnyembah bumi, tewas dek nafsu berajakan syaitan ini. ana ingin kembali kepadanya.

kelantan bumi yang ana cintai, walaupun ana dilahirkan di serawak. tetapi ana tetap cintakan bumi ini, kerana di bumi ini lah ana membesar, ana mengenal erti keihdupan. ana ingin negeri ini sentiasa diberkati. sentiasa diredhoi. ana ingin negeri ini terus berada dibawah pimpinan ulama. ana tak redo, ana tak rela bumi ini jatuh ketangan Barang Naik kerana ana tahu negeri ini akan hancur di bawah mereka. smua yang TNGA dah bina akan musnah.

ana teringat TNGA ada mengatakan
kelantan n bagaikan sepetak sawah padi bersama petak2 lain di sebuah kawasan sawah padi yang luas bernama malaysia. semua petak lain padinya rosak, padinya dimakan tikus, dan serangga perosak yang lain. kelantan ingin di pagar untuk menghalang dari di masukki perosak2 tadi. tadi pagar berduri yang dipasak di sekeliling petak sawah itu tidak kuat untuk menahan asakan perosak2 dari luar kelantan. ia tetap masuk. tampa ada siapa mampu  menyekatnya.
 kalau lah kelantan itu tidak berada di malaysia :( silap2 bukan macam tu, tapi kalu lah malaysia n macam kelantan :)

ana nak membantu tapi ana sendiri pun terkontang-kanting.... marilah kita sama-sama berubah. kita sama-sama membina sebuah negara yang sepenuhnya islam. bukan dalam sesetengah hal jer.

agak2 macam mana ana nak bantu negeri ana yang tercinta ni..

Jumaat, 27 Mei 2011

Assalamulaikum….
Takbir! Allahuakbar!!!

Alhandulillah, 20 Mei lepas ana pergi ke “PERHIMPUNAN 10,000 PEMUDA NEGERI KELANTAN” n macam salah satu cara PAS untuk menarik anak-anak muda menyertai PAS dan untuk melawan balik gelombang merah yang di taja oleh UMNO Kelantan baru-baru ni. Gelombang merah ni kononnya nak mempertahankan keadilan di negeri Kelantan ini. Antara yang mereka membantah adalah projek kerajaan negeri iaitu “ladang rakyat”. 

Mereka mendakwa ladang rakyat merampas tanah penduduk kampong. Padahal tak wujud pun soal rampas merampas. Yang wujudnya adalah orang kampong ceroboh tanah kerajaan. Jadi bila kerajaan nak guna tanah tu kerajaan ambk la, sebab dah memang hak kerajaan. Jadi bila kerajaan nak buat perojek untuk membantu rakyat termiskin kerajaan mengambil balik tanah tu, bukan unutk keroni, tpi untuk rakyat termiskin kat Kelantan. Tak percaya? Gi di PKINK dan tengok senarai nama penerima. Kami bukan macam umno, kroni.

Jadi untuk bertidak balas ngan gelombang merah tu, dewan pemuda pas pun buat la perimpunan 10k pemuda Kelantan. Tapi tak tahu lah kesan nya macam mana, kerana aku rasa yang pergi n dah semestinya anak-anak muda yang dah semestinya menyokong PAS. Orang UMNO wajib tak akan datang kan.
Tapi apa yang aku bangga adalah jumlah yang datang lebih dari 10k, PADANG PERDANA tu penuh. Memang tak tahu lah datang dari pelusuk mana. Subhanallah bilangan nya memang melampau-lampau banyak nyer. Sempat jugak TOK GURU berseloroh “kito nyo nok 10k jah, tapi bakpo hk mari ni rama gini mo lalu”. Haha…dalam kelembutan pun TOK GURU mampu membuat kami tersenyum, ade gak yang gelaknye melampau-lampau (kawal nafsu bang..kawal).

Tentative program
Program bermula seawal jam 3 petang dimana kehadiran pemuda baru menceceh dalam 2-3k. ader peminat moto classic ader penunggang basikal (lupe name basikal tu, yg kaler warne warni tu). Cuaca agak panas, sebab tu lah tak ramai yang still kat padang, panas. Ana pun gi belakang duduk bawah khemah. Sebab tu Nampak macam 1k jer. Tapi ramai lagi sebenarnye duk berselerak.
 
Mula kami di hiburkan dengan DIKIR HALAQAT tok joro, tukang karut semua pakai jubah. Awok-awok pulak pakai baju melayu berkain pelekat. Mereka berdikir mengalunkan irama merdu di samping berdakwah, ana rasa ini merupakan suatu kelainan dalam berdikir. Ia sngat hebat, pas mendahului UMNO dari segi kesenian. Betol la RAIHAN kata, berhibur tiada salahnya, tetapi kene pandai pilih hiburan. Tapi ana tengok mereka berdikir pun tiada semangat. Haha mungkin bab dah tua kot. Mana la anak2 muda yang lebih bertenaga?
 
Lepas tu bob lokman lak ikon terbaru PAS. Bob n sebenarnya cicit kepada Allahyarham TOK KENALI, ulama negeri Kelantan. Bila dengar ucapan dia subhanallah penuh bersemangat dan pemahaman beliau tetang islam tu Nampak amat mendalam. Antara kata-kata beliau yang ana rase amat, dan teramat bernilai adalah,
 
“kita berjuang, kita menyokong pas kerana apa? Adakah kerana semangat yang membuta tuli? Kita perlu tekad kan perjuangan ini kerana ALLAH. Kita berhimpun disini adalah kerana ALLAH. Kenapa saya berkata perjuangan ini (mengundi, menyokong PAS) adalah kerja agama? Kerana terlalu banyak maksiyat telah tersebar meluas dikalangan anak-anak muda, hiburan melampau. Kita perlu memilih pemimpin yang mana mampu untuk menyekat semua ini. Membuat hiburan berasakan islam”
 
Lebih kurang la. Aku pun tak ingat sebab semua dah bercampur aduk. Maaf uncle bob. Apa yang aku baru tahu dan kagum, RASHIDAH UTAMA nyanyian search tu adalah ciptaan beliau. Subhanallah memamng taj tersangka.
Lepas tu kuar plak MAN peserta raja lawak 5. Aku tengok budak ni biaq betoi, macam tak betoi jer. Huhu maaf ABANG MAN, tapi baru jer 2-3 patah dia berucap orang azan, die pun senyap. Pastu ana dengan suara lantang “azan la man” dah masuk waktu ni. Dia macam serba salah, pastu dia pun dengan konpidennya azan..subhanallah merdunya suare~~
 
Abih jer azan tiba tikar dihampar,semua org gi ambik air sembahyang. Pastu semua semayang ramai2 atas padang. Aku macam tak percaya betapa cepatnya semua nya berlaku. Tapi ni la kelebihan program PAS anjur berbanding UMNONGOK. Walaupun tengah berucap, berhenti . bukan hanya hormati azan, tetapi untuk solat. Ada bende macam n dalam UMNONGOK?
 
Lepas tu ana tinggalkan majlis tu walaupun tngah berlangsung, sebab nak gi umah NANI, dia kate ada kenduri kendara. Aku pun gi lah, undangan mesti dipenuhi walaupun agak berat aku nk tinggalkan padang tu.
Sampai umah NANI semua makanan dah habis T-T yang ader hanya lah kek coklat yang memang amat sedap. Huhu terima kasih KAKAK NANI sebab buat kek ini untuk kami hahaha…
 
Malam tu aku gi solat magrib kat PADANG PERDANA ramai-ramai bersama pemuda-pemuda lain. Subhanallah……aku tngok bilangan yang hadir malam tu. Ader la dekat 30-35k ..penuh padang…dari utara ke selatan..dari timur ke barat.. penuh padang. Kalu tngok bilangan malam tu memang hancur la UMNONGOK kat Malaysia. PUTRAJAYA memang dalam telapak tangan huhu…
 
Yang jadi MC mlm tu saudara YB Baihaqi. Dia kater formula untuk masuk PUTRAJAYA senang jer. kiter kene menang Kelantan, UMNONGOK kalah Terengganu, kiter menang kedah, UMNONGOK kalah perlis,kiter menang perak, UMNONGOK kalah Pahang, kiter menang pulau pinang, umno ngok kalah negeri Sembilan, kiter menang borneo, umnongok kalah johor…. Beres! Huhu boleh masuk lawak antarabangsa n huhu..
 
Malam tu lepas magrib kiteorang buat khatam al-quran. 100 kali khatam al-quran subhanallah..tapi sempat baca hamper satu juzuk jer. Sebab dah masuk waktu isyak..ader solat hajat ramai-ramai.. Alhamdulillah himpunan n memang Berjaya. Ana harap lain kali kiter akan ader buat yang lebih besar dari ni lagi. Insyallah
tok guru pulang dari kuliah pagi jumaat

semangat betol saudara ali :)

saudara BOB LOKMAN dengan "KERONCONG UNTUK ALLAH"

MAN (peserta raja lawak  5) azan asar :) sedap suare hang.

Dikir Halaqah reformasi dunia dikir barat

sanggup berpanas demi ISLAM

persatuan motosikal antik kelantan pun datang

persatuan basikal jenis n pun datang

sangat panas....tapi masih bertahan :) moga ALLAH meredhoi kite semua amin..

tibe2 jer sembahyang beramai2 di tengah padang...mcm sekelip mata..tibe jer :) n baru islam yg sebenarnya

solat magrib

menjelang isyak padang dh tak muat..terlampau penuh

anak2 muda :)


pungut tanda tangan untuk royalti kelantan

sign bang...sing

mana nk tulis n dh penuh

pompuan pun sama2 berjuang menegakkan keadilan

bahagianya pakcik boleh tanda tangan tanda sokongn nk mintak royalti

hahaha....budak2

panjang kain ni...ana pun tok tahu lah berape panjang

heheh



 


lepas program IPON 10K pemuda negeri kelantan, UMNONGOK terus fire PAS. kater mereka PAS mempergunakan budak-budak untuk berpolitik, semua orang besar2 UMNONGOK terus mengutuk PAS. pagi n (27/05) tok guru jawab balik dalam kuliah jumaat..kater tok guru,
kito ajar budok2 tentang politik islam, kerana politik ni bende yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan. beribu2 tahun dahulu lagi politik telah mewarnai kehidupan manusia, kecik atau besar, tuo atau mudo. jadi apo saloh ambo ajar politik islam kepado budok2 sekoloh? ajar mereko bagaimano politik yang sebenar dalam islam?
emm kawan2 jom kito gi perhimpunan bersih bulan jun n.....demi ISLAM tertegak di tanah air ini..
 
Copyright (c) 2010 rimbun menghijau. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.