Selasa, 18 Januari 2011

forum USM

semalam aku gi USM : forum 24 jam hidup sebagai musleem
bende yg paling aku terase dan amat kagum adalah
"khalifah adalah dari perkataan khalfa = belakang. jika perdana menteri keluar negara tmbln akn menggntikn. ini lh yg dinamakn khalifah, pemangku. ALLAH menyebut manusia adalah khalifah, pemangku. pemangku kepada diri-NYA dibumi. kita merupakan pemangku ALLAH di bumi dalam melaksakan amal makruf dan nahi mungkar. ALLAH menaruh sepenuh kepercayaan kepada kita tampa memberi apa2 kongkongan, kita mampu membuat pilihan kita sendiri...adakah kita melaksanakan kepercayaan ALLAH terhadap kita..atau kita memperlekehkan kepercayaan yg ALLAH berikan kepada kita untuk menjadi pemangku-NYA di bumi.

islam merupakan sebuah agama yang kamil = sempurna dan shumul = merangkumi seluruh aspek kehidupan. yang mana ia merangkumi 24 dalam hidup kita. dari bangun tido, gosok gigi, mandi, berak, makan, bergaul, bercinta, berjalan, bernafas, belajar, hatta termenung sekali pun...semuanya diajar oleh islam.

kalau sekecil perbuatan seperti termenung juga diajar didalam islam apatah lagi dari aspek munakahat = perundangan, muamalat = ekonomi dan yang paling besar adalah siasah = politik.  untuk menjadi musleem yang sebenar2 musleem, bukanyer musleem plastik = munafik kita perlu melaksanakan semua ini. islam bukannyer macam matematik, 5 - 1 = 4. bukan begitu, islam adalah 5-1=0. satu daripada suruhan ALLAH yang terdapat didalam al-quran ditolak, semuanya juga akan tertolak. berhati-hati lah.

gejala sosial sekarang ni telah berleluasa, kita semua terdedah kepadanya. bukan hanya anda tetapi saya mengalaminya, menyesalnya hati ini usah diperkatakan lagi. kenapa ini terjadi? buang bayie, merempit degan tidak selamat. ada dikisah kan oleh Dr.Syed (sy lupe name ahli penal ni, die sedang mengambil specialist pediatric di USM) bahawa sekarang budak2 berumur 3-5 tahun sudah terdedah kepada sex.ade kes budak 6 tahun memasukkn jari kedalam lawan jantinya yg berumur 5 tahun. 50% daripada pelatih PLKN 2009 mengaku sedang active sexuality activity, 75% dari mereka mengatakan mereka active sexuality activity dari menengah rendah lagi.

mengapa ini berlaku. kerana dunia dihujung jari. taip jer kat google "melayu" aper yg keluar. telephone semakin canggih, diagih2 mereka gambar2 lucah, video2 lucah. semua nye senang. ade kes di kelantan, seorang pelajar sekolah yang mana amat dijaga oleh ibu ayah nyer. kerana mendapat keputusan yg baik dalam peperiksaan dihadiahi ayahnye sebuah telephone bimbit jenama X (bukan jenama sebenar). sebulan selepas itu hilang daranya, kerana bersms denagn seseorang yang tidak dikenali.

teknology sekarang memang menakutkan. ustaz fazli (SU KerajaanNegeriKelantan) mengatakan untuk mengelak semua ini disarankan pelajar2 segere lah berkahwin, kalu yang mampu. saya ulangi kepada yang mampu. kalu tak mampu berpuasa lah. kadang2 puasa pun nafsu kiter masih lagi membuak2. kenapa? kerana kita tidak memenuhi tuntutan puasa itu. matanya perlu dijaga..telinganya perlu dijaga..lidahnya perlu dijaga..hatinya perlu dijaga...dan dia juga memperkenalkan 3K, untuk melawan arus noda gelobalisasi ini.
  1. kutip - megutip ilmu agama, ini adalah wajib kepada kita.kerana ilmu ini adalah fardu ain,inilah ilmu yang disebutkan baginda Rasulullah didalam hadis bagin "barang siapa inginkn dunia hendaklah dengan ILMU, barang siapa ingin kn akhirat juga hendaklah dgn ILMU, siapa yang inginkan kedua2nya maka hendaklah juga dengan ILIMU". sekarang ni mudah, ini zaman langit terbuka, dimana2 saja kuliah ilmu berada. masukkan ceramah2 agama kedalam mp3, telephone. dimana2 sahaja anda boleh mendengar nyer..
  2. kawan - singa akan hanya membaham seekor kamping yg bersendirian. walau betapa gagah dan tajamnyer tanduk kambing tersebut, dia tetap akan menjadi samtapan singa yg kelaparan. kita pun begitu walau pun agama kite kuat mcm mn pun kite tidak boleh duduk berseorangn. kerana syaitan2 yg bertopeng kan manusia berkeliaran diluar sana. mereka mungkn mempengaruhi kite jika kiter berseorang. jgn lah terlalu percaye kepada diri sendiri. oleh itu kite perlu sentiasa berdamping dgn kawan2 yg mana seperjuangn dgn kite. kerana mrk dapat memperingtkan kita ketika kiter terlalai. hadiri usrah2, ataupun buat usrah2.. kita tubuh kan kembali kegemilangn ikhwanul muslimeen. ingat lah kita dapat menilai seseorang itu dgn melihat siapa kawan mereka.
  3.  yg ke-3 tu tak pasti lah.

menurut ustaz fazli jugak, sekarang dosa dan pahala hanya dihujung jari, dengn menekan butang tag didalam facebook kita mampu memperolehi dosa menggunug. dengn menekan tag juga  kita mampu memperolehi paha berlipat kali ganda. jadi gunalah facebook anda, blog anda, twitter anda, kearah kebaikan, kearah nasihat menasihati.

dan ini lah yg sedang sy lakukan sekarang, moga dgn perkongsian ini ALLAH akan mengampunkan semua dosa2 yang sy lakukan selama ini. semoga ALLAH memberikan taufiknya kepada sy agar berubah, agar ALLAH swt memimpin sy kembali kejalan-NYA yg lurus..

moga kita menjadi musleem dan seterusnya mukmin yang sejati..insyallah

0 orang mengomen:

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 rimbun menghijau. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.