Isnin, 28 Mac 2011

cube cakap..ape yang senang??

assalamualaikum :)

selamat pagi :)moga hari ni aku dapat bertahan, xtido lagi ni wat kerje. biase lah, last2 minte baru nk wat huhu..

aku nk cerita lah sedikit kepada sedare dan sedari semua betapa aku nak berhenti belajar. kalu korang nk tahu aku n otak kanan memang bergerak dek kelajuan cahaya (tapi sekarang dh malap bab banyak wat dosa,agak2 leh bersinar balik dak?) kira bab memahami, menghafal insyallah aku lah juara. tapi otak kiri aku n lembap cikit macam kure2. bab mengire memang fail. tak nak salahkan keadaan tapi n semua bab cikgu sekolah menengah aku dulu. nak citer takut ngumpat lak...emmm

jadi bila masuk uni aku pilih kursus GEOSCIENCE. aku belajar pasal bumi. macam mana bumi terbentuk. bila belajar sngat best, fakta2 menarik, boleh rase lah keagongan ALLAH. alhamdulillah :). tapi bila bila masuk bab nak menyelidik atau nk prove sesuatu teory die ade kene wat kire2. yang langsung aku tak paham.

kene wat graf, kene ambik sample, kene itu dan kene ini. semuanya melibatkan pengiraan, tukar unit, lukis graph, rujuk graph, kene ingat formula, rumus,asas physic. ALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLAH. nak pecah kepala ni.

kadang2 aku nekad nak berhenti study nak ambik SPA8. nak kerje terus, nak jadik MA (medical assistance). tp ummi larang, ummi kate

rugi, mu 2 tahun doh belajar campur matrikulasi 3 tahun. kalu awal2 ambik SPA8 ok. loni mu dah berada b platform yang amat2 baik.

cube pikir kalu la bekerja dalam bidang aku n gaji paling sikit pun dalam 4-5 ribu bagi fresh graduate. aku boleh wat aper ngn duit tu? banyak bende akku boleh buat. aku boleh bawak umi ummrah
melancong
belikan umi baju baru
kasutbarang kemas
aku boleh derma
sedekah
bantu budak-budak miskin
aku boleh beli ape aku nak
kereta.

lagi pun sampai bila aku nak bagi orang yang tamak dan jahat jer menjadi kaya? aku yang sepatutnya jadi kaya hehehe...

kawan aku pernah nasihat aku

kito belajar n bukan kerana diri sendiri sebenarnya, tetapi kerana ALLAH, kerana Nabi Muhammad, kerana agama islam. kalu bukan kita siapa lagi yang nak membela islam. sekarang ni tengok betapa ramai orang yang melawan islam? siapa kita nak melawan mereka? siapa kita yang nak menyatakan kebenaran kita bukan lah sapa-sapa dimata masyarakat. kita perlu mencari suatu platform yang kukuh untuk sebarkan islam

kalu nok kiro payoh memang payoh. tapi kalu orang lain boleh kenape kite tok leh?
suka aku sekali lagi petik kato-kato kawan aku

kita n manusia bukan lembu, lembu kalu kito suruh makan pizza dan berhenti makan rumput sampai mampus pun die tak akan makan pizza. tapi kita manusia, manusia bukan lembu.

kita boleh berubah, ubah mindset. putus cinta? rasa malas? rasa give-up? semua n kita boleh hadapi, kita boleh harungi. kerana satu jer...kita ni manusia dan kita sentiasa mempunyai ALLAH sebagai tempat mengadu, meminta, berserah hanya kepada dia.

Ahad, 27 Mac 2011

siapa bagi rezeki? ha? ha?


dah lama tak makan tempe :(
                                                                                               
ade satu cerita di pulau jawa nun jauh disana. tinggal lah seorang makcik yang mana  hidupnya kais pagi makan pagi. kais petang makan petang. kalu tak berkais tak makan lah dia. cara dia berkais adalah dengan menjual tempe.

tmpe n adalah suatu makanan yang mana dibuat dari kacang soya yang diperam. apabila cukup masa peramannya maka ia akan masak dan sedia untuk dimasak dengan pelbagai cara (dah macam ajar recepi lak :))

satu hari nak dijadikan cerita makcik n terlambat buat tempe dia. bila die bukak dan tengok tempe die tak masak2 lagi padahal sepatutnya dia dah bergerak ke pasar pada masa tu. kalu terlewat nanti pelanggan akan habis. dia menjadi risau.

lalu dia mengangkat tangan dan berdoa

ya ALLAH engkau lah tuhan ku, dan aku ini hambamu, maka tolong lah aku ya ALLAH


dia pun meraup wajahnya sambil melihat kepada tempe yang belum masak itu dengan sayu agar ALLAH menjadikan tempe itu masak.
sedap :(

wanita tua ini adalah seorang yang benar-benar beriman. dia yakin dengan kekuasaan ALLAH yang mampu mengubah sesuatu dengan sekelip mata kalu DIA mahu.

lantas wanita tua itu membuka bekas tempe dengan penuh pegharapan kepada ALLAH. lantas dicapainya lidi untuk mencucuk2 temepe itu untuk memastikan samaada ia telah masak atau pun belum.

ternyata tempe itu belum sempurna. dia berfikir mungkin doannya itu kepada ALLAH tidak jelas, kerana untuk mencapai kejayaan kita perlu jelas matlamat. lantas sekali lagi dia berdoa kepada ALLAH dengan lebih tawaddu' dengan harapan ALLAH menjadikan tempe nya itu masak.

ya ALLAH enkau lah tuhan sekalian alam, engkau lah yang telah membina bumi dan cakerawala ini dengan kekuasaan mu, jika engkau mengehendaki sesuatu itu berlaku walaupun ia mustahil ia akan berlaku. Ya ALLAH engkau lh yang lebih mengetahui bahawa betapa aku ini seorang yang tua, miskin lagi hina. betapa aku menyembah MU, betapa aku bersujud kepada MU. jika tempe ini tidak masak maka seharian pada hari ini aku akan kelaparan kerana hanya inilah punca rezeki ku ya ALLAH


doa makcik itu kepada ALLAH dengan linangan air mata dan kesayuan. maka dia yakin kali ini tempe nya akan masak kerana ALLAH itu maha kuasa. lantas sekali lagi dibukak bekas tempenya dan dicucuk-cucuk lidi kedalam nya. ternyata tempenya belum lagi masak. dia kecewa.. memandangkan masa telah lama berlalu dia perlu segera ke pasar. jka tidak pelanggan akan habis. dia pun terfikir mmungkin dalam perjalanan nanti tempe nya akan masak. 

 lantas dia pun berangkat ke pasar sambil membaca segala ayat yang dihafalnya, segala zikir yang terpahat dihatinya dengan penuh pengharapan kepada TUHAN yang esa, TUHAN sekalian alam, agar tempenya masak dan boleh dijual supaya dia tidak kelaparan pada hari itu. dan dia juga yakin ALLAH akan membantunya kerana dia seorang yang selalu beribadat kapada NYA dengan sifat penyayang dan pengasih ALLAH.

sesampainya di pasar dia melihat semua rakan-rakan nya sudah berniaga dan orang sudah mulai ramai memenuhi pasar. dia berasa sedikit hampa tetapi dia yakin rezeki itu dari ALLAH.

lantas dia membuka bekas tempenya dengan keyakinan bahawa ALLAH telah menukarkan tempenya itu menjadi masak. tetapi jangkaan dan sangkaan dia meleset apabila tempenya itu langsung tidak masak. alangkah duka nya hati wanita tua ini.

lantas terdetik dihatinya

ALLAH engkau sungguh zalim, kenapa engkau memperlakukan aku sebegini, betapa selama ini aku mentaati MU tetapi ini balasan MU kepada ku?


cepat2 dia tersedar 

astagfirullah....ya ALLAH ampuni lah aku. kerana menpersoalkan qodo' dan qadar MU..ampuni lah aku ya ALLAH" cepat-cepat dia memohon maaf kepada ALLAH, kerana lintasan hatinya itu.


tiba2 dari jauh kedengaran seorang wanita bertanya kepada rakan-rakan nya yang sedang bersipuh dikaki lima. 

makcik ada jual tak tempe yang separuh masak?

gila apa embak mana mungkin orang jual tempe separuh masak.

apabila mendengar perbualan itu cepat2 dia berlari sambil menjerit, 

saya ada....saya ada...

lantas wanita itu membeli kesemua tempe wanita tua itu.

wanita tua itu kepelikan dan bertanya kepada wanita yang membeli tempenya itu kenapa dia membeli tempe separuh masak?

lantas wanita itu memberitahu bahawa dia mempunyai seorang anak di oversea dan ingin menghantar tenpe kepada anaknya. jika tempe itu masak maka apabila sampai ia akan rosak. tetapi jika tempe itu separuh masak maka apabila sampai ia akan masak dengan baik.

betapa perempuan tua itu mengucapkan syukur kepada ALLAH kerana nikmat pada hari itu. dia yang paing lambat kepasar tetapi dia yang pertama habis menjual tempe.

betapa bodohnya kita kerana merasa kecewa kerana sesuatu kegagalan dan menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku. dan merasa kecewa dengan suatu kehilangan.

yakin lah ALLAH itu tuhan yang esa, dia tidak akan sesekali menyiksa hambanya dengan ujian yang tidak mereka mampu hadapi. dan yaikin lah juga ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.serahkan segala-gala urusan kita kepada ALLAH, dan yakin lah DIA sentiasa berada disisi kita dan memerhati setiap tingkah laku kita dan DIA akan menolong kita.

Dia lah yang memberikan rezeki dari sumber yang tidak kita sangka-sangka.

Jumaat, 25 Mac 2011

adakah dia PONDAN??

Korang dah tengok video pondan Thailand yang aku post kat entry sebelum n? Mula-mula korang tengok lah kan
korang tahu tak yang dia ni sebenarnya pondan?

Aku ade satu cara nak kenal pondan hehe..
Korang perhatikan lebar bahu ngan pinggul mereka. Korang akan perasan lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding pinggul mereka. Kadang-kadang sama lebar.
Manakala perempuan pulak mempunyai pinggul yang lebih lebar dari bahu mereka.
Cube perhatikan. Ni untuk orang yang normal lah, tak termasuk yang abnormal k :)

kenape lah mereka ni cantik? adakah semua yang cantik adalah palsu? hehe

Selasa, 22 Mac 2011

rindu BLOG :)

assalamualaikum :)

indah sungguh mentari pagi
        menyinari dunia dari muram gelap gulita
sudah lama tidak ku singgah di blog ku ini
        rasa rindu menggamit duka

dah lamakan aku tak update blog n. bukan ape tapi rase macam malas, banyak buat bende tak berfaedah. adoi betapa celakanye aku ni.

ummatku yang paling cemerlang adalah hari ini lebih baik dari semalam
siapa yang hari ini lebih teruk dari semalam dia tergolong dalam golongan yang rugi
dan siapa yang hari ini lebih teruk dari semalam dia adalah golongan yang celaka

lebih kurang la hadith dari Rasulullah. bukan tony blair yang cakap, bukan mahathir, bukan pak lah, bukan najib, bukan anuar, bukan tok guru.

aku sedar batapa aku ni telah banyak membazir masa

masa itu bagaikan pedang
jika kamu tidak memotongnya
maka dia akan memotong mu
 kalu lah masa tu betol2 pedang dah lama aku mati huhuhu... tapi tak apa sebab
manusia ni bukan ye lembu,
kalu kita suruh lembu berubah jangan makan rumput.
suruh mereka makan pizza plak, sampai mampus tak akan berjaya.
tapi manusia lain. manusia boleh berubah.

betol kawan aku kate. manusia boleh berubah. sebab tu ALLAH berfirman
aku ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian

jadi jangan terus berduka atas kesilapan yang lalu. apa yang penting kita jadikan yang lepas sebagai pengajaran, bangun dan terus melangkah kehadapan.

manusia n kalu dia buat 2 perkara maka dia pasti akan berjaya dalam hidup.
  1. sebelum tido muhasabah diri anda
  2. bangun tido tekadkan bukan saja niat tapi azzam untuk berjaya pada hari tu.
aku yakin dan berani pertaruhkan jari kelingking aku dengan izin ALLAH berjaya lah manusia tu. 



jom menuju kejayaan dengan menaiki kereta batman lagi cepat sampai


 
Copyright (c) 2010 rimbun menghijau. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.