Ahad, 27 Mac 2011

siapa bagi rezeki? ha? ha?


dah lama tak makan tempe :(
                                                                                               
ade satu cerita di pulau jawa nun jauh disana. tinggal lah seorang makcik yang mana  hidupnya kais pagi makan pagi. kais petang makan petang. kalu tak berkais tak makan lah dia. cara dia berkais adalah dengan menjual tempe.

tmpe n adalah suatu makanan yang mana dibuat dari kacang soya yang diperam. apabila cukup masa peramannya maka ia akan masak dan sedia untuk dimasak dengan pelbagai cara (dah macam ajar recepi lak :))

satu hari nak dijadikan cerita makcik n terlambat buat tempe dia. bila die bukak dan tengok tempe die tak masak2 lagi padahal sepatutnya dia dah bergerak ke pasar pada masa tu. kalu terlewat nanti pelanggan akan habis. dia menjadi risau.

lalu dia mengangkat tangan dan berdoa

ya ALLAH engkau lah tuhan ku, dan aku ini hambamu, maka tolong lah aku ya ALLAH


dia pun meraup wajahnya sambil melihat kepada tempe yang belum masak itu dengan sayu agar ALLAH menjadikan tempe itu masak.
sedap :(

wanita tua ini adalah seorang yang benar-benar beriman. dia yakin dengan kekuasaan ALLAH yang mampu mengubah sesuatu dengan sekelip mata kalu DIA mahu.

lantas wanita tua itu membuka bekas tempe dengan penuh pegharapan kepada ALLAH. lantas dicapainya lidi untuk mencucuk2 temepe itu untuk memastikan samaada ia telah masak atau pun belum.

ternyata tempe itu belum sempurna. dia berfikir mungkin doannya itu kepada ALLAH tidak jelas, kerana untuk mencapai kejayaan kita perlu jelas matlamat. lantas sekali lagi dia berdoa kepada ALLAH dengan lebih tawaddu' dengan harapan ALLAH menjadikan tempe nya itu masak.

ya ALLAH enkau lah tuhan sekalian alam, engkau lah yang telah membina bumi dan cakerawala ini dengan kekuasaan mu, jika engkau mengehendaki sesuatu itu berlaku walaupun ia mustahil ia akan berlaku. Ya ALLAH engkau lh yang lebih mengetahui bahawa betapa aku ini seorang yang tua, miskin lagi hina. betapa aku menyembah MU, betapa aku bersujud kepada MU. jika tempe ini tidak masak maka seharian pada hari ini aku akan kelaparan kerana hanya inilah punca rezeki ku ya ALLAH


doa makcik itu kepada ALLAH dengan linangan air mata dan kesayuan. maka dia yakin kali ini tempe nya akan masak kerana ALLAH itu maha kuasa. lantas sekali lagi dibukak bekas tempenya dan dicucuk-cucuk lidi kedalam nya. ternyata tempenya belum lagi masak. dia kecewa.. memandangkan masa telah lama berlalu dia perlu segera ke pasar. jka tidak pelanggan akan habis. dia pun terfikir mmungkin dalam perjalanan nanti tempe nya akan masak. 

 lantas dia pun berangkat ke pasar sambil membaca segala ayat yang dihafalnya, segala zikir yang terpahat dihatinya dengan penuh pengharapan kepada TUHAN yang esa, TUHAN sekalian alam, agar tempenya masak dan boleh dijual supaya dia tidak kelaparan pada hari itu. dan dia juga yakin ALLAH akan membantunya kerana dia seorang yang selalu beribadat kapada NYA dengan sifat penyayang dan pengasih ALLAH.

sesampainya di pasar dia melihat semua rakan-rakan nya sudah berniaga dan orang sudah mulai ramai memenuhi pasar. dia berasa sedikit hampa tetapi dia yakin rezeki itu dari ALLAH.

lantas dia membuka bekas tempenya dengan keyakinan bahawa ALLAH telah menukarkan tempenya itu menjadi masak. tetapi jangkaan dan sangkaan dia meleset apabila tempenya itu langsung tidak masak. alangkah duka nya hati wanita tua ini.

lantas terdetik dihatinya

ALLAH engkau sungguh zalim, kenapa engkau memperlakukan aku sebegini, betapa selama ini aku mentaati MU tetapi ini balasan MU kepada ku?


cepat2 dia tersedar 

astagfirullah....ya ALLAH ampuni lah aku. kerana menpersoalkan qodo' dan qadar MU..ampuni lah aku ya ALLAH" cepat-cepat dia memohon maaf kepada ALLAH, kerana lintasan hatinya itu.


tiba2 dari jauh kedengaran seorang wanita bertanya kepada rakan-rakan nya yang sedang bersipuh dikaki lima. 

makcik ada jual tak tempe yang separuh masak?

gila apa embak mana mungkin orang jual tempe separuh masak.

apabila mendengar perbualan itu cepat2 dia berlari sambil menjerit, 

saya ada....saya ada...

lantas wanita itu membeli kesemua tempe wanita tua itu.

wanita tua itu kepelikan dan bertanya kepada wanita yang membeli tempenya itu kenapa dia membeli tempe separuh masak?

lantas wanita itu memberitahu bahawa dia mempunyai seorang anak di oversea dan ingin menghantar tenpe kepada anaknya. jika tempe itu masak maka apabila sampai ia akan rosak. tetapi jika tempe itu separuh masak maka apabila sampai ia akan masak dengan baik.

betapa perempuan tua itu mengucapkan syukur kepada ALLAH kerana nikmat pada hari itu. dia yang paing lambat kepasar tetapi dia yang pertama habis menjual tempe.

betapa bodohnya kita kerana merasa kecewa kerana sesuatu kegagalan dan menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku. dan merasa kecewa dengan suatu kehilangan.

yakin lah ALLAH itu tuhan yang esa, dia tidak akan sesekali menyiksa hambanya dengan ujian yang tidak mereka mampu hadapi. dan yaikin lah juga ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.serahkan segala-gala urusan kita kepada ALLAH, dan yakin lah DIA sentiasa berada disisi kita dan memerhati setiap tingkah laku kita dan DIA akan menolong kita.

Dia lah yang memberikan rezeki dari sumber yang tidak kita sangka-sangka.

2 orang mengomen:

kumakamikumu berkata...

terbaik la heng!!!!!!!!!

simpangSIUR berkata...

cerita n heng denagar org ceramah kat radio ikim. kalu menipu die menipu la heng
emmm

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 rimbun menghijau. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.