Isnin, 21 November 2011

forum interfaith

assalamualaikum :)


kali n aku nak bercerita pasal forum yang harus aku handle pulak. forum n adalah idea dari YDP aku. die suh aku wat forum interfaith, forum yang diwakili oleh pelbagai agama. first aku punya expectation bende n senang. well just carik penceramah, aturkan program dan alhamdulillah selesai.

tu my first expectation. but the problem come in, bila betapa susah nye aku nak mencari penceramah dari agama lain kat kelantan. pening dan penat, tambah pulak dengan assingment yang menggunung, exam, classes, lecture note, making geology field book.... hidup aku bagaikan dah ruin, hancur..

bila dah jumpa ahli panel dari KL kene wat surat tambah budjet. tup-tup program aku kene kick sbb tarikh tu ader program antara bangsa nak jalan. terkontang-kanting aku carik tarikh lain. nak dibuat cerita semua penceramah aku tak dapat nak hadir pada tarikh tu. dah la susah nak carik cancel plak. dah la aku dah buat surat tambah budjet dan mmg dah lulus.

tapi aku terus lagi carik penceramah, aku gi JAHEIK. aku mintak penceramah ngn USTAZ SYFIQ TAN, mintak tolong die. alhamdulillah die carikkan aku ahli panel dari PERKIM. mula2 aku heppi sebab yer lah dah ader ahli panel. proceed jer lah kan. tapi masalah timbul, tak kan mereka nak bercakap pasal agama mereka yang lalu. takkan mereka nak kata agama mereka dulu adalah yang terbaik?
pening2...petang n aku nak gi bincang ngn Dr2 aku. ader cadangan nak wat forum inter-culture pulak. nak bincang pasal budaya. aku maklum kat ahli panel aku yang muallaf cristian. dia tak setuju, die kate tu lagi lah boleh membawa perkauman.....adoihh.... macam mana ni :((

aku dah tak pikir dah pasal exam...petrology, petroleum.... test sediment pun aku hancur. bersambung lah kisah aku mlm n.ingat nk gi bincang ngn semua. nak ajak semua berkumpul dan berjumpa.. semeja, berbincang... ya ALLAH ringan kan lah beban hamba MU ini, permudahkanlah segalanya..amin~~


bersambung lepas malam nih~~~~

Jumaat, 11 November 2011

ubat

assalamualaikum
kabaren? waras? harap semua waras la ye :)

semalam aku gi PARKSON kota bharu teman si SYAKIR beli spek mate. dalam menunggu die aku lalu tepi esculator tibe-tibe datang sorang pompuan calit ubat kat tangan aku, banyak plak tuh. die cakap cepat giler
abang n ubat jerawat bang, parut pun hilang.
aku pun kater
tak aper-aper saya nak cepat n
die pun kater
tak aper bang meh la dulu lap ubat tu, kedai kami ade tisu

hehe.. pandai dieorang berniage :) kalu orang tu tak nak die akan buat helah jugak asalkan orang tu datang kat booth die. bila dah pergi booth nasib la, die dah sediakan segala jawapan untuk alasan-alasan korang. kalu korang kater A die akan jawab B, last-last sekali korang wajib memilih antara 2 pilihan :
  1. korang beli dengan terpakse
  2. korang meninggalkan die dengan muke die yang masam @ senyum kambing
             jadi nasihat aku kat korang, lain kali kalu nampak orang jual ubat tu dan korang memang tak ade niat nak beli dan memang korang tak nak beli, sila lah mengambil lencongan jauh2. kalu mmg tak ader lencongan pergi lah ke pasar raya lain. kalu semua pasar raya ader menatang tu, balik rumah tido lagi sodap, duit pu save hehehehe.....

              biasanye booth mereka kat tepi eskulator tak pun kat pintu depan pasar raya, tempat orang ramai lalu. tapi kalu korang rase korang perlukan ubat jerawat try la gi dengar aper mereka nak kempen korang. rase berkenan beli lah. tak salah pun. bende tu halal kot. entah? try tanyer hehe

tapi kan nasihat aku, kalu boleh elak la gune ubat modern n. bahaye ade side effect. ape kater kiter gunakan ubat-ubatan traditional yang sememangnye terjamin bersih dari campuran bahan kimia yang membahayakan diri anda dan keluarga.




p/s
mesti pompuan tu pilih aku bab muke aku berjerawat. tidak~~~~~~  lari la awek2 aku pas n. nnti aku nk gosok muke n ngn kertas pasir biar licin hehe

Khamis, 10 November 2011

betape sikit nyer ilmu dan amal

assalamualaikum
kehadrat keng-kawan yang eden sayangi sekalian :)

macam mana ngan raye korban korang? aku kat sini alhamdulillah :) semua terbaik. aku walaupun sekolah agama tapi banyak yang aku tak tahu pasal korban nih. n la antara bende yang baru aku belajar :

                   1-wajib sebahagian dari daging korban tu mentah-mentah xleh masak bagi kat orang susah (orang yang tak melakukan ibadah korban). kalu hukum dah wajib tu maksudnyer
                                 -kalu tak buat make korban tahun tu jadi sia-sia @ batal.
                                 -kalu tak buat tak dapat pahala korban.

                  2-daging korban tu tak boleh simpan selepas rayer ke-4 (rayer korban 4 hari tahu tak?) kene habiskan, ataupun kene bagi-bagi kat orang. kalu tak sia-sia lah korban tahun tu. tak dapat pahala la kite.

                  3-kalu korban wajib (kerana nazar) maka haram lah bagi kiter unutk makan daging tu. kene bagi kat orang semua.

...................................................................................................................................................................
ni pulak bab aqiqah, tentang yang aku tak tahu

                  1-wajib duit sendiri (tak boleh pinjam)
                  2-sunat korban tuh di masak secara manis
                  3-sunat jangan patah-patahkan tulang (sendi tak aper)
                 4-sunnat muakkad pada hari ketujuh, tapi dituntut sehingga budak tuh sebelum baligh.
                 5-kalu die dah tua tapi die belum diaqiqah lagi, die boleh meng-aqiqahkan dirinyer sendiri.
                 6-bagi muallaf, die tak dituntut meng-aqiqahkan dirinyer jika die tak masuk islam lagi ketike die baligh.
                  7-bila bayi lahir azan telinge kanan, iqamat telinge kiri tak kire lelaki atau perempuan.
                  8-disunatkan membaca "alam nashrah" di telinge kanan dan "inna anzalna" di telinge kiri agar anak itu tidak berzina ketika dewase.

.....................................................................................................................................................................
ni pulak bab solat jenazah

                  1-sekali jer kiter perlu buat seumur hidup keatas seorang mayat.
keadaan 1, A dah solat jenazah keatas mayat B. jadi A tak boleh lagi nak solat kali ke-2 keatas B.
keadaan 2, A dulu lagho, tak solat jenazah B. lepas 20 tahun A insaf, A boleh nak solat keatas jenazah B kat atas kubur.

                   2-A gile@koma@tidur ari umur 20 tahun hingga 22 tahun. ketika A   berumur  21 tahun B meninggal dunia. jadi A tak boleh nak solat keatas jenazah B.
                    3-tidak boleh solat seorang muallaf keatas jenazah yang meninggal ketika dia belum memeluk islam
contoh, A masuk islam ketika berumur 21 tahun. ketika die berumur 20 tahun 11 bulan 29 hari ade B  mninggal. jadi A tak dituntut untuk solat keatas jenazagh ulamak tu.

                    4-mazhab syafie tak benarkan solat keatas jenazah yang tak berkhitan, terus tanam. kerana ade najis zohir kat topi kemaluan jenazah tuh. (mazhab lain dibolehkan tetapi jenazah tu mesti di tayammum dahulu, untuk memuliakan jenazah)

 .................................................................................................................................................................
alhamdulillah ni la ilmu aku bertambah hasil aku gi dengar tazkirah magrib tadi kat surau sri cemerlang.

dah lama benar aku tak menuntut ilmu fadu ain n. patut lah hati ni rase kosong jer. sepatutnyer sebagai muslim kite wajib mendengar hadis Rasullullah sekurang-kurang sekali dalam 40 hari (bukan hukum,tapi ni perlu untuk elakkan diri kite dikuasa nafsu atau  hasutan syaitan) yang dengar hadith nabi pun ader jugak di hasut syaitan. jadi kiter yang tak mendengar langsung nih?? wallhuaklam, no komen. jadi BFF (best frend forever) ngn setan hehe..


hehe.. kalu nak kawin kene belajar ilmu fardu ain dulu, feqoh = hukum2 dalam melayari rumah tanggo, sifat2 wanita hid, nifas, keno belajar hadith = lagu mano Nabi layan isteri (sunnah nabi ngn isteri) macam2 lah lagi :). ingat nak kawin n macam lembu kerbau ker? tengok berkenan terus kawin? no my frend. nafkah zohir boleh la bang. btin nyer mcm mane??



 



p/s :
ibraheng nak kawen. tapi belajar ilmu n bukan sbb kawin tapi sebab Allah insyallah betol niat...amin~~


 
Copyright (c) 2010 rimbun menghijau. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.